Kaedah Mengajar Al Quran

1. Kaedah Talaqqi Musyafahah
a. Guru membaca dan bacaan itu dijadikan contoh untuk diikuti oleh murid secara individu secara berdepan dengan guru
b. Murid mendengar dan memerhati gerakan mulut dan bibir, kemudian membaca seperti yang mereka dengar dan lihat
c. Pembetulan dibuat menyentuh tentang hukum tajwid serta sebutan huruf mengikut makhraj

2. Kaedah Tasmik
a. Murid membaca Al Quran di hadapan guru yang mendengar
b. Kesalahan diperbetulkan
c. Guru mengemukakan soalan berkaitan hukum tajwid dan maksud tanda bacaan yang terdapat dalam ayat yang dibaca.

3. Kaedah Tadarus
a. Kaedah kumpulan kecil (antar 4 hingga 5 orang)
b. Seorang ahli akan membaca sedangkan ahli lain (yang lebih mahir) akan mendengar, menyemak serta memperbetulkan bacaan.
c. Seterusnya ahli kedua pula membaca dan akan disemak oleh ahli lain (Setiap ahli akan membaca secara bergilir-gilir dan ahli lain mendengar, menyemak dan memperbetulkan bacaan)

4. Kaedah Tikrar (kaedah latih tubi)
a. Guru memperdengarkan bacaan ayat alQuran satu persatu
b. Murid mengikut bacaan guru (juga satu persatu) secara kelas
c. Murid membaca secara bersama mengikut kumpulan kecil. Kumpulan yang tidak membaca akan mendengar.
d. Kumpulan lain pula diminta membaca dan didengari leh kumpulan yang tidak membaca.
e. Seorang murid diminta membaca dan murid lain mendengar

5. Kaedah Imla’i
a. Guru meminta murid menyalin beberapa kali ayat yang ingin dihafaz
b. Semasa menyalin, murid dikehendaki membaca dan mengingat / menghafaz secara individu

6. Kaedah Baghdadiah
a. Huruf-huruf hijaiyah diperkenalkan secara analisis dan berperingkat secara berulangkali: eja dan sebut
b. Bunyi-bunyi huruf tunggal diajarkan mengikut tanda baris (atas, bawah, hadapan)
c. Murid diajar mengeja dan menyebut kalimah mengikut tanda (atas, bawah, hadapan, tanwin, sukun…..)
d. Bacaan ayat-ayat juga diperkenalkan secara berperingkat menggunakan kaedah mengeja dan membunyikan.
e. Murid akan membaca di hadapan guru mengikut peringkat-peringkat yang diperkenalkan
f. Guru memperbetulkan bacaan murid sambil mengajar hukum-hukum tajwid (daripada yang mudah kepada yang kompleks)

7. Kaedah Iqra’

8. Kaedah Qiraati

9. Kaedah Hattawiah
Untuk tiga kaedah terakhir (Iqra’, Qiraati dan Hattawiah) pengajaran dilakukan berpandukan buku-buku berkenaan.alquran

PENDIDIKAN ISLAM

Mari kita renung sejenak…

Siapa kita di bumi ini? apa tujuan kita diciptakan?

ASAS AKIDAH ISLAM

1. Akidah Islam bersumberkan kepada dua perkara iaitu al Quran dan Hadis.

2. Aspek-aspek perbahasan akidah Islam:

(a) tauhid Rububiyyah iaitu keyakinan bahawa Allah SWT adalah sebagai Pencipta, Pemilik dan Penguasa ala mini;
(b) tauhid Uluhiyyah iaitu keyakinan bahawa Allah SWT bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan dan hanya Dia saja yang wajib disembah dan ditaati;
(c) An-Nubuwwat iaitu perutusan nabi dan rasul yang membawa ajaran Allah SWT untuk disampaikan kepada manusia;
(d) As-Sam’iyyat iaitu perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera manusia seperti dosa, pahala, syurga dan neraka.

3. Akidah seseorang itu boleh rosak disebabkan oleh perkataan, perbuatan dan hati.

(a) melalui perkataan:

• menghina Islam;
• mengubah hukum Allah SWT seperti mengatakan menutup aurat adalah tidak wajib;
• bersumpah dengan selain nama Allah SWT;
• menyanyi lagu-lagu yang bertentangan dengan akidah Islam.

(b) melalui perbuatan:

• menyembah berhala, pokok dan kubur;
• menghina al Quran seperti memijak dan mengoyak;
• memakai lambing agama lain seperti salib, tatu dan sebagainya;
• menyertai upacara agama lain seperti upacara penyucian dosa.

(c) melalui hati:

• berniat keluar daripada Islam;
• yakin bahawa alam dan isi kandungannya terjadi dengan sendiri;
• ragu-ragu tentang rukun Islam, rukun iman atau hukum-hukum Islam.
4. Faktor-faktor salah laku akidah:

(a) jahil tentang Islam;
(b) menjauhkan diri daripada ulama;
(c) berkawan dengan orang yang buruk akhlaknya;
(d) terpengaruh dengan budaya dan hiburan yang merosakkan akhlak.

5. Perkara yang memantapkan akidah:

(a) melalui perkataan:

• membaca dan memahami al Quran dan hadis;
• sentiasa berzikir dan berselawat;
• saling nasihat menasihati ke arah kebaikan.

(b) melalui perbuatan:

• melakukan ibadat wajib dan sunat;
• menuntut ilmu pengetahuan yang berfaedah;
• melakukan pekerjaan yang halal.

(c) melalui hati:

• yakin dengan pertolongan Allah SWT;
• sentiasa mengingati Allah SWT;
• ikhlas melakukan sesuatu ibadat.

Sama-sama kita kukuhkan  akidah kita untuk kebaikan di dunia dan akhirat…

Tip menjaga kesihatan diri

Sahabat-sahabatku sekelian…
Mari kita sama-sama menjaga kesihatan diri
kesihatan sangat penting..
bila kita sakit nanti taklah semua orang susah…betul tak?
Tip menjaga kesihatan…
– Jaga pemakanan
– Bersenam

Adakah anda suka mandi pada waktu pagi..mesti sejukkan bila nak mandi pagi-pagi kan..hehe..Percayakah anda..mandi pada waktu pagi sebelum subuh air sejuk yang meresap ke dalam badan kita boleh mengurangkan lemak yang terkumpul . Orang yang mengamalkan mandi pagi kebanyakkannya tidaklah gemuk.

Selain dari itu,  kita tidak digalakkan memakan makanan darat bercampur dengan makanan laut , nabi pernah menegah kita makan ikan dengan susu… kenapa ye? sebabnya mudah dapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dalam badan ayam terdapat ion (+) manakala ikan pula mengandungi ion (-) , jika keduanya bercampur maka jadilah tindakbalas biokimia yang boleh merosakkan usus kita .
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis makan hendaklah kita menjilat jari. Saintis telah menjumpai bahawa banyak enzime terkandung di celah jari kita. Terdapat 10 kali ganda dalam air liur kita..bukan kah banyak itu..Tahu tak apa itu enzime? Enzime itu adalah alat percernaan makanan dan tanpanya makanan tidak hadam.
Di sini saya hendak berkongsikan amalan diet yang perlu kita semua amalkan bersama
  1. Elakkan  garam – kreatifkan dengan herba / rempah ratus
  2. Jangan makan daging proses – hotdog , bebola daging
  3. Elakkan memakan sayur tin
  4. Elakkan memakan yang bergoreng , kuli ayam , lemak daging , makanan segera
  5. Hadkan kafein ; kopi dan rokok
  6. Jauhi bahan pengawet , pewarna , perisa , spt jeruk
  7. Awas lemak tersembunyi : santan dalam kari , nasi lemak , roti canai .

Okla, sahabat-sahabatku cubalah…insya’Allah…sebab saya telah cuba mengamalkannya dan berat badan serta kesihatan saya setakat hari ini alhamdulillah.

BILA ALLAH MENDUGA KITA…

Assalamualaikum…

Sahabat,

Sebagai hamba Allah kita tidak lari daripada ujian Allah. Setiap saat kita pasti diduga dengan pelbagai ujian, semuanya bergantung kepada kemampuan kita.  Ada yang diduga dengan kemiskinan, kekayaan, penyakit, anak dan sebagainya.

Ingin aku berkongsi satu ujian yang bagi aku amat sukar untuk  aku hadapi suatu ketika dahulu.  Sukar untuk mendapatkan anak??? ye itulah yang aku hadapi…pelbagai alternatif yang telah aku dan suami cuba samada secara tradisi atau moden namun, semuanya kecundang…gagal!

Kami tidak pernah kecewa tapi sebaliknya terus berusaha selama 6 tahun lebih…Sesungguhnya  kita hanya merancang tetapi perancangan Allah itu adalah yang terbaik bagi kami. Anak angkat… ye..itulah jalan yang terakhir yang kami fikirkan.

Anak sepupuku yang ketika itu masih berada di dalam kandungannya.  Aku dan suami cuba-cuba risik manalah tahu dia setuju untuk memberikannya kepadaku…Alhamdulillah, sepupuku setuju..3  bulan lagi anak ini bakal dilahirkan.  Kami perlu melakukan sesuatu iaitu menjadikan anak itu anak susuan kami.  Bermulalah kami berjumpa pakar.. 2 minggu aku makan pil yang disarankan oleh Dr pakar, dengan tidak disangka-sangka berjaya tapi untuk menunggu dalam 3 bulan macam-macam boleh berlaku…aku mula berasa takut manalah tahu tiba-tiba sepupuku tidak jadi bagi atau macam-macam bermain di kotak fikiranku…Satu je suami aku nasihatkan, kita tawakkal kepada Allah sebab kita dah berusaha..

Alhamdulillah pada 30/6/12 lahirlah anak yang kami tunggu-tunggu dengan selamatnya. Pada 1/7/12 ibu bapanya menyerahkannya kepada kami..mengalir air mata kami menerima dan menatap wajah anak ini.. kami pun mengambilnya .  Anak ini kami berikan nama Uzmaa Al  Ayubi  bt Nazri. Syukur kepada Allah kerana anak ini aku dapat susukan dan menjadi anak susuan kami.

Setiap dugaan yang Allah beri kepada kita pasti ada hikmah yang terbaik buat kita..maka perkara yang penting jangan kita mudah putus asa sebaliknya teruskan usaha, doa dan tawakkal. Insya’Allah berjaya akhirnya…Subhanallah…